Jiran yang baik ibarat peribahasa cubit peha kiri peha kanan pun terasa amat sukar ditemui. Berdasarkan peribahasa tersebut, tulis sebuah cerpen yang berkisar tentang semangat kejiranan.
……………………………………………………………………..
Cerpen Semangat Kejiranan
Permulaan
Puan Ainun tersenyum kerana resepi daging masak Minang yang diberi oleh Puan Salbiah, jirannya menjadi. Sementera menunggu daging empuk, dia menyediakan empat biji mangkuk kaca untuk dihantar kepada jiran-jirannya.
Perkembangan
Dua orang anaknya, Shafiq dan Hanif ditugaskan menghantar masakan itu kepada Mak Cik Cheng dan Mak Cik Punita, sedangkan dia sendiri akan ke rumah Puan Salbiah. Bertukar-tukar makanan sudah menjadi biasa bagi mereka.
Perumitan
Namun, apabila kembali, Hanif memberitahu bahawa Puan Punita menyuruhnya membawa balik pemberian mereka. Puan Ainun berasa pelik kerana dia dan Punita yang baharu menyewa 6 bulan di situ tidak pernah berselisih faham. Kemudian, Puan Ainun teringat peristiwa dia menolak dengan baik produk jualan langsung makanan kesihatan Punita. Dia mula syak bahawa Punita menyimpan dendam. Dua hari yang lepas pula Punita tergesa-gesa masuk kereta dan hanya tersenyum tanpa kata. Selama ini Puan Ainun biasa mengangkat pakaian jemuran Punita dan menyiram pokok bunga jirannya itu. Sejak itu, Puan Ainun nekad untuk renggang dengan Punita. Ketika melihat pagar rumah sewa Punita dikunci dengan mangga besar, Puan Ainun tambah geram kerana sebelum ini Punita akan meninggalkan kunci kepadanya.
Ketika asyik melayan perasaan tentang Punita sambil menyidai pakaian, Puan Ainun disapa oleh Puan Cheng. Masakan Puan Ainun dipuji dan akan dibalas dengan kek coklat. Walaupun Puan Ainun tidak lagi mahu menyiram pokok bunga Punita, tetapi Shafiq dan Hanif pula yang berbuat demikian tanpa disuruh. Setelah lima hari, baru Punita pulang, tetapi Puan Ainun pura-pura tidak nampak. Pada petang hari itu, Puan Ainum memasak bubur kacang dan menikmatinya bersama suami, Encik Hilal dan dua orang anak mereka. Dia hanya menghantar bubur kacang kepada puan Cheng, tidak untuk Punita.
Klimaks
Ketika hendak berkemas, tiba-tiba Shafiq membimbit sebuah beg plastik berisi limau bali pemberian Mak Cik Punita. Puan Ainun muncung dan meminta Shafiq memulangkan semula limau bali itu. Shafiq terpinga-pinga, manakala Encik Hilal hairan akan “pergaduhan” itu. Encik Hilal hanya menggeleng tanda kesal apabila Puan Ainun bercerita tentang penolakan Punita tempoh hari.
Peleraian
Encik Hilal mengingatkan bahawa Punita beragama Hindu dan tidak makan daging (lembu). Puan Ainun menepuk dahi, lalu bingkas ke dapur menyiapkan mangkuk bubur kacang untuk dihantar sendiri kepada Punita.
.